"Akhlak yang buruk itu merosakkan amal kebajikan seperti cuka yang merosakkan madu dan seperti api yang membakar kayu bakar"

Jumaat, 9 Disember 2011

Peringatan Untuk Kita

Assalamualaikum w.b.t kepada semua rakan-rakan..
Semalam selepas solat jumaat (9/12) sambung dengan solat jenazah ade ahli qariah kampung sebelah meninggal..
pagi ni,,aku dikejutkan bangon pagi dengan panggilan telefon yang menyata seorang sahabat telah meninggal
dunia akibat kemalangan jalan raya..
kemalangan hanyalah merupakan punca kematian,,tetapi kalau da ajal,,meninggal tetap meninggal..Tidak lewat walhal sesaat pun dan tiada seseorang pun yang dapat mengatahuinya,,sesuai dengan firman-Nya:

“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal,” (QS. Luqman : 34).

Mungkin hari ini bertawa gembira tetapi tidak esoknya,mungkin hari ini bergurau senda tetapi tidak esoknya,,begitulah berikutnya..

Peringatan Untuk Kita yang masih hidup ini..Beramal lah mencari kebaikan dan berbuat baik supaya mendapat syurga yang diidamkan sesungguhnya perumpamaan nikmat Allah adalah 100.. Hanya 1/100 nikmat didunia selebihnya 99/100 adalah nikmat disyurga..Kemanakan arah kita?

Rasulullah SAW bersabda:

"Allah berfirman,'Aku telah mempersediakan syurga bagi hamba-hamba-Ku yang soleh,apa yang mata belum melihat,telinga belum mendengar dan tidak terdetik dalam hati menusia".

Bukanlah maksud coretan disini ingin menujukan kepada sesiapa,,tetapi sebagai Peringatam Untuk Kita yang masih hidup didunia juga sebagai peringatan untuk diri sendiri..Ingatlah,,dunia adalah tempat ujian berterusan dari Allah Maha Besar dan keputusan ujian itu diketahui di Akhirat kelak..Setiap yang baik datang daripada Allah s.w.t dan yang buruk hanyalah dari coretan ini..

~kubur itu adalah satu taman-taman syurga ataupun liang-liang neraka~

Assalamualaikum..

Dunia yang indah akan ditinggalkan






2 ulasan: