"Akhlak yang buruk itu merosakkan amal kebajikan seperti cuka yang merosakkan madu dan seperti api yang membakar kayu bakar"

Khamis, 23 Februari 2012

Sajak Cinta Islamik

Assalamualaikum wbt.. Terasa lama sangat tak mengarang blog,,
bukan ape,,buzy sangat2,,al-maklumlah susah nak meng-online di ipoh,,
kalau online pun sekejap je..huhuhu

Semalam malam,,selepas membaca satu blog daripada seorang adik yang mengarang pasal cinta,
tibe2 saya mendapat idea nak buat ayat yang puitis-puitis..sajak tntang cinta..
huhuhu..bukanlah nak kata ape..kalau nak kata jiwang pun x pe la,,janji jiwang islamik..
hehehe..jadi ni lah sajak saya..
hope you'll like it..

______________________________________________________________________________
Mengapa mereka tersenyum tertawa,
Sedangkan mereka berbuat dosa,
Mengapa mereka merasa bahagia,
Sedangkan mereka tahu akan berduka.
Senyum,tawa,sedih menjadi permainan,
Permainan cinta yang sia-sia.

Benarkah cinta itu buta?
Benarkah cinta itu membawa bahagia?
Benarkah cinta itu pedih?
Dan benarkah cinta itu satu pengorbanan?

Tidakkah engkau merasa ingin pulang?
Pulang ke jalan yang diredhai-Nya.
Tidakkah engkau ingin pulang?
Pulang membawa seribu satu cerita.
Cerita tentang cinta yang hakiki,
Iaitu cinta kepada Allah dan Rasullullah.

Inilah yang benar dinamakan cinta,
Membawa bahagia,senyum dan tawa,
Cinta boleh merubah seseorang,
Baik atau buruk terpulanglah,
Inilah cinta dan cintalah yang menerangkan cinta.



________________________________________________________________________________________

nilah sajaknye..ape macam??boleh tahan??huhuhu
nanti insya'allah coret lagi di secubitrasa..
Assalamualaikum..