"Akhlak yang buruk itu merosakkan amal kebajikan seperti cuka yang merosakkan madu dan seperti api yang membakar kayu bakar"

Khamis, 8 Disember 2011

7 Cara Memujuk Rakan Emo

Assalamualaikum w.b.t ..
mesti ade yang tertanya-tanya macam mane nak pujuk kawan-kawan yang emo,,kuat merajuk,,suke sedih-sedih sendiri..Kadang-kadang kite juga pun macam nie juga..emo nie bukan kat kawan-kawan jer..huhu
disini saya nak berkongsi 7 cara memujuk rakan emo..

1)MENGAMBIL WUDUK
-Kita ajak rakan emo kita sama-sama mengambil wuduk.Sambil memujuk,kita katakan air basahan wuduk boleh menyejukkan hati yang lara.Dengan syarat kita ikhlas.

2)MENULIS SESUATU YANG POSITIF
-Berikan beberapa helai kertas dan pen atau pensil kepadanya.Kemudian katakan kepadanya supaya menulis apa yang dicita-citakan di atas kertas tersebut.Sambil itu,kita katakan bahawa tulisan yang baik dan positif boleh merangsang fikiran ke arah yang lebih baik.

3)MEMUJINYA DENGAN SEADANYA
-Kita duduk di hadapannya sambil memerhatikan wajahnya.Kita katakan kepadanya bahawa dia seorang yang bijak dan cantik.Alangkah baiknya kalau kalau kebijakan dan kecantikan itu kita luahkan syukur kepada Allah.Dengan itu nanti,dengan izin Allah,Allah akan cantikkan hati kita dengan keterangan dalam semua hal.

4)TUNJUKKAN KASIH SAYANG
-Tanyakan kepadanya kalau-kalau rakan emo kita itu hendaklah sesuatu seperti: nak makan apa,nak membaca apa,nak menonton apa,nak menonton apa...apa-apa sahaja asalkan perbuatan itu tidak melanggar syariat.Kalau boleh,kita lakukan bersama-sama.

5)BERBUAL-BUAL DAN BERADA DI SAMPING
-Usah biarkan rakan emo kita duduk bersendirian atau melakukan apa-apa sahaja seorang diri.Kita mesti turut serta.Sebaik-baiknya biarlah kita berbual-bual dengannya tentang sesuatu yang menggembirakan, tapi jangan sesekali kita melayan cerita emosinya.Kita bawa perbualan yang menyenangkan.

6)MEMINTA MAAF
-
Ringankan lidah kita untuk meminta maaf andainya kita yang menyebabkan rakan emo kita menjadi begitu.Mengaku kesalahan atau kesilapan kita walaupun bukan kita yang memulakannya.Kita katakan kepadanya bahawa kita rindukan persahabatan yang terjalin sebelum ini.

7)PERLIHATKAN KEPADANYA BETAPA INDAHNYA ISLAM
-
Jika rakan emo kita seorang yang agak degil,kita cari seseorang yang rapat dengannya untuk memujuk,seperti adik beradiknya, atau gurunya, atau sesiapa saja yang kita lihat ada potensi yang rakan emo kita itu dapat meluahkan perasaan.Tetapi kita kena ingat, seseorang yang rapat dengannya itu biarlah yang mempunyai pegangan agama yang baik.Kalau sebaliknya,ajaklah guru kaunseling atau ustaz/ustazah berjumpa dengan rakan emo kita itu.

Assalamualaikum.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan